BIBD At-Tamwil Berhad


Assalammualaikum, disini saya kan meluahkan rasa inda berpuas hati terhadap bank BIBD At-Tamwil Berhad. Saya ada membuat pinjaman barang terhadap pihak bank BIBD At-Tamwil Berhad dan telah membuat perjanjian serta persetujuan potongan bank sebanyak $170.00 sebulan dan dipotong melalui gaji dimana sebelum ani saya bekerja disalah satu syarikat swasta.
Setahun lebih membuat pinjaman di Bank BIBD At-TAMWIL ani saya mendapat tawaran bekerja di Sektor kerajaan bergaji hari. Tapi apa yang menyedihkan disini sesudah saya mendapat pekerjaan di sektor kerajaan bayaran pinjaman dipotong dalam sebulan sebanyak ($340.00) 2 kali ganda. Alasan pihak bank pasal jawatan yang saya dapat di sektor kerajaan kerana bergaji hari jadi pihak bank akan membuat advance potongan.
Cuba tah pihak bank BIBD At-Tamwil fikirkan kalau sudah dalam sebulan atu potongan pinjaman atu 2 kali potong, berapatah ganya gaji yang tinggal ditangan. Padahal gaji disektor swasta sama sektor kerajaan sama tapi setelah potongan bank jadi 2 kali potongan sengsara olehnya. Mau jua kan membayar kereta, membeli minyak kereta, memberi perindungan lagi gaji ani. Banar sebelum kan membuat pinjaman ani berfikir dulu. Rasa diri sudah kan menolong keluarga. Iatah semasa membuat pinjaman ani dikira-kira ada lagi lebih gaji dan dapat menampung perbelanjaan tapi atu semasa disektor swasta dan menurut 'agreement/perjanjian' sekali potong saja. Ani jadi 2 kali..cubatah biskita fikirkan.
Jadi saya disini bebesar hati kepada pihak bank BIBD At-Tamwil agar dapat berfikir kesusahan yang saya hadapi.
Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati ani. (https://www.facebook.com/BruneiXS/posts/10151714461263192) ·

Komentar

Eramuslim

Postingan Populer