Doa Supaya Orang Zalim Bergaduh Sesama Sendiri
Assalamu'alaikum wm wbr.
Seperti yang pernah saya perkatakan
dalam entri yang terdahulu bahwa pada masa sekarang terlalu ramai orang
yang hasad dengki dan orang yang zalim di sekeliling kita. Sehingga guru
menasihatkan agar kita merahsiakan segala nikmat atau segala musibah
yang menimpa diri kepada orang lain sebab dikhuatiri berita tersebut
akan mengundang iri hati (jika kita mendapat nikmat), atau menyebabkan
ditambahkan lagi kemudharatan kepada kita, atau sekurang-kurangnya
berasa puas dan gembira di atas kesusahan yang menimpa kita.
Pada zaman mutakhir ini, ramai pula yang
berkroni atau bersuku sakat yang mana para kroni mempunyai perangai
yang sama antara satu sama lain, dan saling ampu mengampu supaya terus
kekal diterima sebagai kroni yang setia. Jika salah seorang daripada
ahli mereka memusuhi seseorang maka keseluruhan ahli kroni turut
memusuhi orang tersebut.
Di bawah ini terdapat satu doa untuk
memohon agar Allah SWT mengkucar-kacirkan pakatan mereka (agar para
kroni bergaduh sesama sendiri), dan akhirnya kita terselamat daripada
kezaliman mereka, insyaAllah.
Doa ini boleh dibaca secara wasal (terus) atau secara waqaf pada اللهم kemudian sambung أشغل الظالمين بالظالمين
start="04"&end="08"</span>"
frameborder="0" allowfullscreen>
Untuk bacaan secara wasal tentang permulaan doa tersebut
"اللهم أشغل الظالمين بالظالمين" dengarkan
video youtube di atas, iaitu bacaan diawal video. Klip video ini saya
dapatkan setelah google di Internet - bukan saya yang baca tau. Di sini
ada sedikit variasi doa di atas - ini tidak menjadi masalah. Kita boleh
berdoa apa saja kepada Allah SWT asalkan doa itu membawa kebaikan, bukan
doa untuk maksiat dsb.
Sukacita saya nyatakan di sini, memadai kita membaca doa versi pendek ini sahaja.
Kaedah Amalan:
Baca doa di atas 7x selepas solat Subuh dan 7x selepas solat Maghrib.
Nota:
Doa di atas boleh digabungkan dengan
doa-doa dalam entri yang terdahulu mengikut kesesuaian. Sebagai contoh,
kita boleh gabungkan doa di atas dengan doa supaya terlepas dari kezaliman orang kafir (surah Yunus 85-86).
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim".
وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir"
Oleh kerana ada pembaca yang keliru maka
ingin saya jelaskan bahawa ayat 85 dalam surah Yunus yang saya
maksudkan adalah merujuk kepada pertengahan ayat bukan pada awal/pangkal
ayat.
Ia adalah ayat yang saya tandakan dengan warna merah bagi QS Yunus:85
فَقَالُوا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
(Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim)
Komentar
Posting Komentar