Zakat Street mudahkan pembayar
Plak ditandatangi Pengurus Daerah Sepang, Mohd Nur Fadhli Yohman (kiri) dan Mohamed Syahril (kanan) sebagai simbolik penutupan program Zakat Street.
DENGKIL – Inisiatif kaedah dakwah jalanan lebih dikenali sebagai Zakat Street yang diperkenalkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai tuntutan rukun Islam keempat itu.
Menggunakan medium hiburan santai, Zakat Street dianjurkan sempena Kempen Zakat Dihati yang berlangsung sejak sebulan lalu.
LZS masih meneruskan usaha berikutan jumlah kutipan belum mencapai sasaran untuk memenuhi keperluan asnaf di Selangor.
Pengurus Sektor Dakwah dan Pemasaran LZS, Mohamed Syahril Zainol berkata, usaha dijalankan berjaya menunjukkan peningkatan kutipan dan penambahan pembayar zakat baru antara lima hingga enam peratus setiap tahun.
Selain kempen, kewujudan kaunter bergerak juga katanya, dapat memenuhi keperluan masyarakat yang tinggal berjauhan dengan kaunter pejabat zakat.
“Alhamdulillah, kempen berbentuk santai yang dianjurkan hari ini (kelmarin) dengan menampilkan kumpulan nasyid terkenal Rabbani mendapat sambutan di luar dugaan,” katanya ketika Program Zakat Street yang dilaksanakan LZS di Taman Putra Perdana, petang kelmarin.
Acara selama dua jam turut menampilkan ‘uncle belon’ dan usahawan asnaf yang menjual pelbagai barangan jualan masing-masing.
Mohamed Syahril berkata, program dianjurkan bagi memudahkan masyarakat mendapatkan apa jua informasi berhubung agihan dan bantuan disediakan LZS untuk golongan yang layak.
“Apa yang cuba ditonjolkan, cara kita berdakwah bukan sahaja di lokasi yang biasa seperti pejabat, masjid, surau atau di kuliah tetapi juga di lapangan termasuk tapak pasar malam,” katanya.
LZS katanya, mengambil peluang mempromosi zakat dengan gabungan bantuan pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan.
Apa yang penting katanya, pihaknya tampil menyedarkan masyarakat mengenai tanggungjawab membayar zakat di hujung tahun.
Sementara itu, Eksekutif Kaunter Bergerak LZS, Abd Kaharudin Mohd Zaini berkata, pihaknya menampilkan kemudahan itu untuk memudahkan masyarakat membayar atau membuat permohonan zakat.
Beliau berkata, bagi 10 hari terakhir antara 21 Disember hingga 31 Disember kaunter LZS akan tertumpu di tiga lokasi panas iaitu di Subang, Petaling Jaya dan Bangi. Kaunter juga akan dibuka di pasaraya Aeon Bukit Raja. (http://www.sinarharian.com.my/)

Komentar
Posting Komentar