Kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari sepanjang Disember
Semua kaunter Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan dibuka tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang bulan Disember ini.
Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP terletak di Taman Shamelin Perkasa, Cheras; Masjid Negara; Seksyen 5, Pusat Bandar Wangsa Maju; Masjid At-Taqwa, Anjung Niaga, Taman Tun Dr. Ismail; Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2; Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara, Kepong; Masjid Abul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong; Presint 9, Putrajaya; Presint 15 Diplomatik, Putrajaya; UTCKL Pudu Sentral dan Labuan Times Square, Labuan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, orang ramai boleh menunaikan semua jenis zakat seperti zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat emas, dan zakat saham.
"Kesemua kaunter akan beroperasi bermula pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang setiap hari manakala kaunter UTCKL Pudu Sentral akan beroperasi sehingga 10 malam setiap hari," katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.
Segala taksiran atau pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui Talian Zakat, 1-300-88-5757. - K! ONLINE
Komentar
Posting Komentar